//CLICK!


Hello Stalker! Im Anis Aisyah , Shortform , Anisah ! and im 15 years young from Earth. Follow me taww !! Jangan lupa tinggalkan kata2 di cbox tu !


♫ MySelf
♪ MyTips
♫ MyVVIPs
♪ MyStory






Design by : Nurin H.(mygurlz).
Basecodes : Husnaa.
0ther : <3 | <3
Ezze
header: Ezze

Older Post
Aku masih AKU
Saturday 23 December 2017 | 09:03 | 0 Stalker(s)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.
Sudah lama tidak bertinta disini rasanya.
Akhirnya aku kembali kerna bagiku disini salah satu medan untuk hatiku berkata-kata.
Rindu yang kian lama terpendam akhirnya terlepas jua. Namun sedikit. 
Kerna ku khuatir kau tidak menyambut rindu itu.
Lima tahun masa berlalu bukannya singkat tapi lama.
Namun aku masih aku. Aku yang menanti kau dari pertama kali kita berjumpa.
Aku lihat kau semakin berubah kini. Lebih baik.
Dan aku juga sedang mencuba. Menjadi lebih baik.
Sebab Allah kata lelaki yang baik untuk perempuab yang baik kan.
Aku cuba. Kerna kau yang membawa jiwa ku bersama. Maka aku cuba.
Kadang kala aku rasa aku dungu menunggu kau yang tidak sedar akan kehadiranku.
Tetapi aku tetap aku. Aku yang tidak akan putus asa menanti kau walaupun kau tidak tahu.
Benar rasa sakit yang menyiksa jiwa bila harus menunggu begitu lama meskipun datang orang ketiga yang cuba menduga hati.
Namun aku tetap aku. Aku yang masih menunggu kau. 
Apakah kau akan sedar akan penantian ini? Apakah kau akan hargai segala perasaan ini? 
Jangan risau dengan hati ini kerana hati ini tidak akan berubah. Hati ini akan sentiasa menunggu meskipun bertahun lama.
Namun hati ini akan berhenti menunggu bila lafaz ijab kabul dilafaz antara kau dan dia. Bukan aku. Bukan aku.
Aku akan berhenti menunggu dan mencari diriku jauh. Jauh.