Terima kasih Tuhan
Bismillahirrahmanirrahim
Tuhan,
Terima kasih atas segala nikmat kesenangan hidup yang kau beri,
Jangan Kau biarkan aku terus mendongak ke langit,
tanpa memandang kaki untuk bersujud syukur padaMu.
Tuhan,
Terima kasih atas nikmat kasih sayang ayahanda bonda,
Setiap detik jantung berdegup terasa ada nafas yang mengalir,
deruan ombak kasih itu terus hangat mengalir tanpa ada rasa jemu.
Tuhan,
Terima kasih atas nikmat kesejahteraan hidup yang Kau beri,
Biar hidup ini penuh dengan onak duri dan jalan yang berliku,
masih Kau beri aku kekuatan untuk terus bangkit semula.
Tuhan,
Terima kasih atas nikmat cinta yang Kau beri,
Kau beri aku pengajaran dalam mengenal erti cinta sejati dalam hidup ini,
Biar aku berpenat lelah menagih cinta dariMu daripada aku hanyut dalam permainan dunia.
Tuhan,
Terima kasih atas menghadirkan mereka dalam hidupku,
Kau hadirkan mereka dengan satu tujuan yang sama,
Moga aku terus kuat dan bangkit semula menjadi seperti yang Engkau inginkan.
Tuhan,
Terima kasih kerana engkau tidak biarkan aku terus hanyut,
Kau datangkan mereka-mereka yang baik sekali,
Yang mengajak aku kembali semula kepadaMu setelah aku terpedaya dengan mainan dunia.
Tuhan,
Terima kasih atas segala nikmat yang Engkau beri,
Sungguh aku hanya hamba yang lemah bahkan hina dimata Mu,
Biarkan banjir ini terus mencurah demi menagih cinta dan kasih sayang dariMu.
Moga ada sinar di kemudian hari.
Moga ada sang pelangi yang menjemput bahagia.
Moga ada kasih sayangMu yang mengisi kekosongan hati.
-Pengemis cinta Sang Rabbi-