//CLICK!


Hello Stalker! Im Anis Aisyah , Shortform , Anisah ! and im 15 years young from Earth. Follow me taww !! Jangan lupa tinggalkan kata2 di cbox tu !


♫ MySelf
♪ MyTips
♫ MyVVIPs
♪ MyStory






Design by : Nurin H.(mygurlz).
Basecodes : Husnaa.
0ther : <3 | <3
Ezze
header: Ezze

Older Post | Newer Post
Harus kau tahu
Saturday 11 July 2015 | 12:37 | 0 Stalker(s)
Bismillahirrahmanirrahim.


Saat bangun dari tidur yang lena
Harus kau tahu apa erti kesyukuran
Tanda tuhan masih sayang akan kita
Masih diberi ruang untuk menadah tangan memohon keampunan.


Saat kau melihat wajah ayahanda bonda
Harus kau tahu apa erti menghargai
Kedutan dimuka sudah menunjukkan bahawa kasih sayang itu mungkin tidak lama
Tataplah dengan penuh kasih sayang muka keduanya saat mereka masih mampu tersenyum.


Saat kau melihat betapa tingginya langit
Harus kau tahu selamanya kau adalah seorang hamba
Hamba yang mengharap kasih dan cinta yang Maha ESA
Jangan terlalu suka berdongak takut kau tidak mampu tunduk ke tanah semula.


Saat kau melihat burung terbang bebas 
Harus kau tahu apa erti kenikmatan
Terlalu banyak nikmat tuhan beri pada kau
Hatta udara juga kau tidak diminta untuk dibayar.
Maka nikmat tuhanmu yang manakah harus kau dustakan.


Saat kau mampu tunduk sujud pada pencinta
Harus kau tahu apa erti kelembutan
Lembutkanlah hati untuk mengaku segala kesalahan padanya
Jangan kau bongkak dengan merasakan kau terlalu baik 
Mungkin hanya pada pandangan manusia tidak padaNya.


Saat kau melihat orang lain bahagia
Harus kau tahu apa erti keredhaan
Mungkin bukan sekarang bahagia itu menjadi milikmu
Namun pasti berdas das bahagia akan membahagiakan di akhirat kelak.


Tuhan.
Terima kasih atas segala bahagia mahupun derita.
Hati ini terlalu hebat kerna ia mampu menerima segala undangan tetamu bahagia mahupun derita.
Kerana aku tahu Kau tidak akan membebani hambaMu sekiranya dia tidak mampu.
Harus move on.

Berhentilah toleh ke belakang walaupun hakikatnya bukan mudah untuk menerima segalanya.