Mengapa
Bismillahirrahmanirrahim
Mengapa masih perlu berduka
Jika Tuhan itu sentiasa menjadi penawarnya
Mengapa masih perlu kekeliruan
Jika jawapannya pasti akan terjawab
Mengapa masih perlu ada tangisan
Jika tangisan itu pasti akan lenyap sendirian
Mengapa masih perlu ada luka
Jika luka itu akan meninggalkan parut yang dalam
Mengapa masih perlu persengketaan
Jika akan berakhirnya dengan kedamaian
Mengapa perlu ada rahsia
Jika akhirnya pasti akan terucap jua
Mengapa perlu tanda tanya
Jika hanya menimbulkan persoalan yang meragukan
Mengapa perlu ada kesunyian
Jika Tuhan itu selalu ada dan sentiasa ada
Bilakah akan terjawabnya segala persoalan .
Tuhan,
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang ada
di langit dan di bumi .
- 17 Disember 2014 -
#hakciptaterpelihara .
#tidak dibenarkan untuk memplagiat sama sekali .