Proud to be One of the Aisyahs
Segala pujian kembali kepada Allah .
Nama diberi Nurul Anis Aisyah bt Abdullah .
Terima kasih ibu kerana memberi nama ini kepadaku ,
Aisyah Binti Abu Bakar .
Nama seorang wanita yang hebat dalam sejarah Islam .
Namanya sentiasa diingati oleh ribuan umat Islam .
Kehebatannya sebagai salah seorag isteri nabi amat cukup dikenali ,
Seorang yang bijak dan mempunyai akal yang cerdas,
Seorang yang cukup menjaga maruah diri serta suami .
Seorang yang cukup menghormati dan menyayangi kedua ibu bapanya ,
Semangatnya menjadi kekuatan kepada suami yang tercinta,
Kelembutannya mendamaikan jiwa mereka yang disekelilingya,
Ketabahannya menghadapi fitnah munafik dengan penuh kesabaran ,
Tutur kata yang dikeluarkannya penuh dengan ilmu yang bermanfaat .
Sungguh, kau wanita yang hebat .
Tidak mampu diri ini menandingi dirimu,
Namun semangatmu akan terus mekar didalam jiwa ini ,
Ketegasanmu sebagai mawar berduri akan ku contohi,
Sesungguhnya kedudukanmu di hati Rasulullah sangat istimewa ,
tidak dapat ditandingi oleh isteri-isteri baginda yang lain .
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik dikatakan:
"Cinta pertama yang terjadi dalam islam adalah cinta Rasullulah saw kepada Aisyah ra"
Kepada Aisyahs di luar sana ,
There's many song dedicated for you :)
Proud to be one of the Aisyahs.
Heaven where her heart is (Mo sabri)
Aisha ( Omar Esa )
Aicha ( Outlandish )
Aisya Humaira' ( UNIC )