Jika waktu hidupku masih panjang ,
Bismillahirrahmanirrahim.
Jika waktu hidupku masih panjang,
Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi
babak babak dan drama drama kehidupan
yang berwarna warni dengan tabah dan cekalnya.
Jika waktu hidupku masih panjang,
Jadikan aku salah seorang tetamuMu
kerana hambamu yang kerdil ini ingin sekali
menjejakkan kakinya ke bumi barakah itu.
Jika waktu hidupku masih panjang,
Moga diri ini dapat berjumpa dengannya,
Sungguh diri ini begitu merinduinya,
kerna perjuangannya telah membawaku kedunia.
Jika waktu hidupku masih panjang,
Jadikan aku si solehah dambaan SyugaNya,
Moga diri ini menjadi penyejuk mata ayah dan bonda,
walaupun diri ini hanya insan yang biasa dimata manusia.
Jika waktu hidupku masih panjang,
Izinkan aku mengecap kebahagiaan
setelah begitu lama diri ini menanggung persoalan
yang tidak pasti bilakah terjawabnya segala jawapan .
Jika waktu hidupku panjang,
Moga setiap perjalanan hidupku diberkati,
kerna sesungguhnya diri ini penuh dengan cacat cela,
yang tidak dapat ditutupi dengan helaian-helaian kapas.
-1 Disember 2014-
#hakciptaterpelihara .
#tidak dibenarkan untuk memplagiat sama sekali .