//CLICK!


Hello Stalker! Im Anis Aisyah , Shortform , Anisah ! and im 15 years young from Earth. Follow me taww !! Jangan lupa tinggalkan kata2 di cbox tu !


♫ MySelf
♪ MyTips
♫ MyVVIPs
♪ MyStory






Design by : Nurin H.(mygurlz).
Basecodes : Husnaa.
0ther : <3 | <3
Ezze
header: Ezze

Older Post | Newer Post
Itu bukan Aku .
Monday 7 July 2014 | 20:33 | 0 Stalker(s)
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari nie saya nak cerita tentang sebuah buku,
nama buku tu " BIDADARI BUMI "
Buku tu memang kisah benar pada zaman nie ,
semua mengenai wanita solehah .
Sungguh, bila baca buku itu aku sendiri tak mampu untuk menjadi seperti mereka.
Sungguh , mereka benar-benar wanita solehah .

Bidadari Bumi – 9 Kisah Wanita Solehah (Buku)  
 inilah bukunya .

 
Penulis: HALIMAH ALAYDRUS
 
‘Ustazah, aku harap Ustazah berkenan menjadi saksi untuk ibuku.’ Aku mendengarnya dengan lebih serius.
‘Saksi untuk apa, wahai anak?’ 
‘Selama ibuku hidup, beliau tidak memiliki apapun kecuali 2 helai baju. Satu dipakai sementara yang satu lagi dicuci. Beliau juga hanya memiliki 2 helai tudung, telekung sembahyang, sepasang sandal, sebuah sikat, cermin, piring, al-Quran, tasbih dan sejadah. Beliau tidak memegang satu sen pun wang, tidak memiliki perhiasan, rumah, barang atau perabot apa pun. 
Semasa tua, beliau tinggal dengan abang sulungku. Apabila ada yang memberinya wang, maka pada hari itu juga wang tersebut disedekahkan. Dan ketika beberapa hari yang lalu seseorang memberinya hadiah selembar kain, beliau berkata: 
[Jika umurku sampai Ramadhan nanti, jahitkan kain ini untuk pakaian solatku sebagai mengganti telekung yang lama. Namun jika tidak, tolong berikan kepada orang yang lebih memerlukannya sebelum kalian meletakkan jenazahku ke dalam kain kafan.]’” 
Anak remaja di hadapanku menunduk. Dia menyembunyikan air matanya yang perlahan-lahan menitis sebelum akhirnya kemudian berkata: 
“Ustazah...” panggilnya lirih.
“Ibuku meninggal dunia tiga hari yang lalu. Aku harap Ustazah sudi menjadi saksi bahawa beliau telah berhasil menjalani kehidupan seperti yang diinginkannya...
 

Sungguh, aku tak mampu untuk menjadi seperti mereka,
Aku sangat jauh dari Allah , aku masih tak mengerti erti cinta Allah yang sebenar,
Perjalanan hidupku masih baru,
Tak banyak ranjau yang aku tempuhi seperti mereka ,
mereka memamg layak untuk mendapat gelaran bidadari bumi ,
Aku hanya manusia kerdil yang masih mencari arah tuju hidup yang terumbang ambing,
Menjadi wanita solehah atau muslimah solehah bukan senang,
Perlu mengenal apa itu erti cintakan Allah sebagai tangga teratas,
Perlu mengenal apa erti bersederhana dalam kehidupan yang fana' ini,
aku tak layak untuk semua itu ,
sungguh, hidup aku penuh dengan keduniaan,
aku tak mampu untuk mencapai taraf solehah itu .
 Banyak kali kena tanya dekat diri sendiri berapa kali dalam sujud aku menangis?
Banyak kali kena tanya dekat diri berapa kali dalam sehari aku mengingatiNya ?
Banyak kali kena tanya dekat diri berapa kali aku istighfar kepadaNya ?
Banyak kali kena tanya dekat diri berapa kali aku selawat kepada junjungan besar S.AW.?
Atau mungkin tunggu bila ada majlis ta'lim baru nak selawat banyak2 ?
Sungguh, aku sangat jauh daripada Allah ,
Bertudung labuh tapi lebih kepada duniawi semata-mata itu semua tak berguna,
Jangan banyak cakap pasal imam aku nak macam nie nak macam itu kalau
diri sendiri pun tak jadi macam mana yang kita nak tu ,
 Masih banyak yang aku kena belajar dalam kehidpan ini,
Masih jauh perjalanan aku untuk mencapai cinta Yang Esa,
Masih jauh perjalanan untuk aku mencapai taraf muslimah solehah itu,
Moga diberi kekuatan olehNya untuk menghadapi kehidupanNya yang penuh dengan onak duri,
Ameen.