//CLICK!


Hello Stalker! Im Anis Aisyah , Shortform , Anisah ! and im 15 years young from Earth. Follow me taww !! Jangan lupa tinggalkan kata2 di cbox tu !


♫ MySelf
♪ MyTips
♫ MyVVIPs
♪ MyStory






Design by : Nurin H.(mygurlz).
Basecodes : Husnaa.
0ther : <3 | <3
Ezze
header: Ezze

Older Post | Newer Post
Always A Traveller .
Monday 7 July 2014 | 03:12 | 0 Stalker(s)
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum semua :)
Alhamdulillah , masih bernafas lagi pada petang yang bahagia nie,
sambil dengar lagu alasan untuk bahagia,
Tetiba dapat ilham nak tulis blog melalui cerita Always A Traveller by Mizz Nina,
Always a traveller?
Ye. Kita adalah pengembara dan tujuan kita adalah di akhirat sana.
Sama ada ke syurga or sebaliknya .
Sekiranya kita menjadi seorang pengembara pasti kita akan lalu jalan yang berliku,
so kira sama lahh dengan kehidupan kita nie,
penuh dengan pancaroba , penuh dengan dugaan.
dan takkan ada seorang yang terlepas daripada dugaan Allah.
Daripada kecil sampai lah ke besar,
semua orang ada kisah hidup masing-masing macam tu jugak aku,
ada orang yang gembira sepanjang hayat, ada orang yang sentiasa di temani tangis airmata,
ada sesetengah orang yag kadang-kadang gembira kadang-kadang sedih.
ITULAH NAMANYA KEHIDUPAN  
 
Macam mana pun kehidupan kita, kita kena ingat satu perkara,
kita masih ada agama so maknanya kita masih ada TUHAN yakni Allah,
Jangan hidup seolah-olah kita tiada tuhan,
Berani buat hukum hakam sesuka hati.
Siapa kita yang dahulu tak bermakna kita tak boleh ubah diri kita,
Ubah diri menjadi lebih baik daripada sebelum ini,
Bertaubatlah sebelum tiba masa kita kembali ke pangkuanNya,
Kalau kita buat salah dengan manusia,
mungkin manusia susah nak terima maaf kita,
tapi Allah sentiasa menerima taubat hambaNya,
 
Sungguh, Allah Maha Penerima Taubat hambaNya,
Jangan malu untuk menagis dihapanNya,
sesungguhnya kita memang Hina,
Segala yang ada di dunia ini semuanya milik Allah SWT.
 Ingat semula tujuan hidup kita dan ingatlah kita pernah bersaksi bahawa
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W pesuruhNya,
Berpenganglah pada kalimah itu agar kita tetap terus dijalanNya. 
Destinasi kehidupan kita masih panjang ,
kita tak tahu bile tiba masanya pengembaraan kita bakal akan berakhir,
mungkin esok stau lusa atau mungkin satu minit lagi  ?
adakah pengembaraan kita akan berakhir dengan baik ? atau sebaliknya ?
Banyak dekatkan diri kepada Allah SWT .
Kerana Allah sebaik-baik penolong, sebaik-baik pendengar,
Kepada Allah kita datang dan pastinya kepada Allah kita kembali juga.
 
  
  Bila kita rasa kita hilang kekuatan diri kita,
kembali balik kepada Allah ,
Mungkin kita lupakan Allah sampai Allah bagi kita sedar semula,
 Bersyukurlah Allah bagi kita sedar semula sebelum terlambat,
itu maknanya Allah sayang kita ,
DIA ingin kita kembali semula kepadaNya dan menjadi hambaNya yang taat,
Percaturan Allah itu cantik dan kita tak berhak pertikaikan,
Ingatlah ada sebab segala benda yang terjadi di dunia ini,
Aku pernah menafikan segala perkara itu tapi aku kena sedar
bahawa tiada guna aku menafikan sebab itu semua sudah terjadi ,
Macam aku cakap tadi, kita nie pengembara, hidup penuh dengan liku-liku,
 Cuma bila kita kuat bila kita sabar insyaAllah hasilnya sangat Indah,
Indah sangat seperti suatu benda yang tak pernah kita bayangkan,
Serahkan segalanya kepada Allah dan sungguh kita tak akan menyesal ,
Tak akan menyesal sampai bila-bila,
Dan kita kena percaya dengan kata-kata Allah bahawa

“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (QS. Alam Nasyroh: 6). 
Wallahualam. 
Maaf atas segala kekurangan daripada diri yang penuh kehinaan ini.
Moga Allah terima taubat kita ,
Sama-sama kita bertemu di syurgaNya , InsyaAllah.
Moga Allah berkati kalian yang membaca,
Assalamualaikum :)