//CLICK!


Hello Stalker! Im Anis Aisyah , Shortform , Anisah ! and im 15 years young from Earth. Follow me taww !! Jangan lupa tinggalkan kata2 di cbox tu !


♫ MySelf
♪ MyTips
♫ MyVVIPs
♪ MyStory






Design by : Nurin H.(mygurlz).
Basecodes : Husnaa.
0ther : <3 | <3
Ezze
header: Ezze

Older Post | Newer Post
Syukuri Apa yang Ada :)
Thursday 12 June 2014 | 10:12 | 0 Stalker(s)
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah Allah panjangkan lagi umur saya untuk terus bercoret disini,
Pada beberapa hari yang lepas,saya mengikuti satu program NGO
yang diberi nama Dapur Jalanan,
MasyaAllah, datang-datang je mereka dah beratur untuk mendapatkan makanan,
Allah "agaknya dah berapa hari mereka tak makan" bisik hati.
Alhamdulillah syukur kepada Allah sebab hidup aku tak macam mereka,
masih diberi kesempatan oleh Allah untuk menghargai segala nikmatNya,
Sayu di hati melihat mereka di situ,
Di fikiran terfikir "kemanakah anak mereka?"
"Mengapa ditinggalkan ibubapa sebegitu?"
Namun,kebanyakannya juga masih ramai yang bertenaga,
Tiada kerja mungkin?
Namun,segalanya hanya Allah sahaja Maha Mengetahui,
Usahlah pertikaian segala apa yang manusia buat kerana 
tidak semestinya segala apa yang kita buat semuanya betul,
Namun bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada,
Jangan jadi TAMAK! Hiduplah bersederhana, 
Acap kali sebut Alhamdulillah.
Kerana segala yang kita ada datang daripada Allah ,
    
 Nikmat yang kita ada kongsikanlah dengan sesiapa,
Sebab itu Allah suruh bayar zakat,
Antara tujuannya sebagai tanda syukur kita kepada Allah,
Zakat membersihkan hati kita,
Kalau ikut logik,sekarang fakir miskin banyak sangat.
Maksudnya ape?
Maksudnya ramai antara orang yang berkemampuan yang tidak bayar zakat,
usah takut hilang harta di dunia kerana ia tidak kekal selamanya,
Nak dah mati bukan duit kita yang berkoyan tu yang akan jawab soalan munkar nakir,
Ingatlah orang yang tamak hidupnya tidak tenang di dunia,
Tanam sifat zuhud dalam diri,
Moga Allah membalas segala amal baik kita,
Dan tiada sebab untuk kita tidak boleh membantu orang selagi hidup dikandung badan.

Mereka tidak minta dilahirkan sebegitu,
Mereka tidak minta menjadi tangan yang meminta,
Namun siapalah kita melawan takdir yang Maha Kuasa,
Setiap kehidupan pasti ada ranjaunya,
Setiap kehidupan pasti ada naik turunnya,
Setiap kehidupan pasti ada onak duri,
Jika kita kuat,
Allah pasti bantu kita.
Sungguh Allah sebaik-baik Penolong,
Allahuakabar,
Allah Maha Besar,
Segalanya telah tertulis di Luh Mahfuz apa yang bakal terjadi,
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui. 
 nie dari Facebook Cikgu Nadia :)
nie pulak daripada Facebook Ustzh Nabilah :)
 " Mereka "

 Sendirian Berhad daripada Saya.