//CLICK!


Hello Stalker! Im Anis Aisyah , Shortform , Anisah ! and im 15 years young from Earth. Follow me taww !! Jangan lupa tinggalkan kata2 di cbox tu !


♫ MySelf
♪ MyTips
♫ MyVVIPs
♪ MyStory






Design by : Nurin H.(mygurlz).
Basecodes : Husnaa.
0ther : <3 | <3
Ezze
header: Ezze

Older Post | Newer Post
Apa Salah Kami?
Friday 13 June 2014 | 22:39 | 0 Stalker(s)
ASSALAMUALAIKUM :)
Alhamdulillah Allah masih beri saya kesempatan utk menulis lagi.
Allah menjadikan setiap manusia yang ada di muka bumi ini ada akal fikiran,
Boleh fikir yang hak dan yang batil,
Tetapi kenapa masih ada yang tidak dapat berfikir secara waras?
Allah bagi akal gunalah sebaik mungkin.
Kenapa kerana seorang lelaki seorang perempuan sanggup gadaikan maruahnya?
Mana maruah kita sebagai seorang wanita?
Nabi naikkan darjat kita sbg perempuan ini balasan kita?
Kenapa dibuang anak yang tidak berdosa tu?
Kalau tak nak sekalipun jangan letak dia dlm blender,
jangan letak dia dalam lubang tandas,
jangan letak dia tepi jalan, dalam tong sampah,
 jangan campak dia dari atas ke bawah.
Kalau tak nak letak kat rumah perlindungan,
banyak lagi orang nak anak yang korang tak nak jaga tu,
Bederet orang isi borang nak ambik anak angkat,
Tolong lahhhhh............
Jangan buat anak yang tak berdosa tu macam binatang,
Binatang pun sayangkan anak tau,
Baru-baru nie kes buang bayi dekat sebuah flat.
Allah....
Bayi tak berdosa tu di campak dari tingkat 3,
 Memang kejam!
Bayi tu suci.
Dia tak buat apa-apa pun.
Tapi apa salah dia sampai dibuat macam tu sekali?
Takpelahh,moga bayi tu tenang dekat syurgaNya,
Statistik buang bayi dekat Malaysia teruk sgt!
Sedarlahh wahai kaum sejenisku ,
maruah kita nie berharga sangat!
Bukan senang-senang kita beri pada orang yang tak sepatutnya,
Ya Allah, sungguh dunia nie nak kiamat,
Maksiat berleluasa sangat2 nie.
Dekat Australia, org kat sane terjerit2 tengok tv sebab tengok kucing kena bunuh,
sampai masuk mahkamah,
Tapi mereka tak tengok lagi tv Malaysia bukan buang kucing,
Tapi buang anak! 
Negara Islam nie.

Buat ibu kami yang tersayang,
Ingin sekali kami bertanya,
Apa salah kami sehingga begitu teruk sekali diri kami kau buang?
Apa dosaa kami wahai ibu?
Semasa di dalam alam roh,
Semasa didalam perut kalian, 
kami begitu teruja utk melihat dunia,
Tak sabar rasanya untuk menghirup udaraNya,
tak sabar utk berjalan bersama ibu,
tak sabar utk merasa kasih sayang daripada ibu,
Ingin menyambut Hari ibu bersama-sama,
Tetapi kenapa lepas kami dilahirkan ibu buat kami begini?
Kenapa buang kami ibu?
Kenapa letak kami dekat tepi jalan?
Ibu suka melihat kami mati?
 Ibu dah tak sayang kami?
Apa yang kami dah buat ibu?
 Mungkin kami ini anak yang tidak halal yaa.
Tapi kenapa ibu tak jaga?
Ibu malu ya...
Kenapa tak letak kami di rumah penjagaan sahaja?
kami ingin merasa nikmat kasih sayang juga,
walaupun bukan daripada ibu,
izinkan kami merasa kasih sayang daripada mereka yang menginginkan kami,
Ibu..
Walaupun ibu tidak mahukan kami,
Walaupun ibu membuang kami,
Namun kami tetap sayang ibu,
Kerana ibulah orang yang berjaya melahirkan kami,
Tidak semua orang diberi peluang utk melahirkan.
Ibu antara orang yang bertuah.
Maafkan salah kami sehingga ibu membuang kami.
Kami sayang ibu.