//CLICK!


Hello Stalker! Im Anis Aisyah , Shortform , Anisah ! and im 15 years young from Earth. Follow me taww !! Jangan lupa tinggalkan kata2 di cbox tu !


♫ MySelf
♪ MyTips
♫ MyVVIPs
♪ MyStory






Design by : Nurin H.(mygurlz).
Basecodes : Husnaa.
0ther : <3 | <3
Ezze
header: Ezze

Older Post | Newer Post
Selamat Hari Ibu , Mak .
Saturday 10 May 2014 | 03:21 | 0 Stalker(s)
ASSALAMUALAIKUM,
 Sempena 11 MEI esok bersamaan Hari Ibu!
Tapi dalam islam hari-hari hari ibu,
tapi apa salahnya kalau kita celebrate utuk jadi lebih special kan,
tak perlu beri hadian cukup sekadar kasih sayang,
ibu kita tak minta apa-apa pun , aslkan kita hargai mereka,
Kadang-kadang bila aku pergi rumah seri kenangan aku rasa sebak,
aku terfikir mana anak mereka? kenapa letak mereka dekat situ?
kasihan bile lihat mereka menangis ketika melihat aku,
 seperti mereka sedang melihat anak mereka mungkin,
Aku berasa sangat bersyukur sebab Allah berikan aku lebih daripada sebelum ini,
Walaupun dulu aku sering bertanya mengapa, mengapa, mengapa,
Sehingga aku lupa yang ada di depan mata,
aku lupa yang depan mata ini lebih baik daripada sebelumya,
aku lupa yang depan mata inilah yang banyak berkorban untuk aku,
Benarlah, bila Allah tarik sesuatu daripada kita,
Allah akan ganti dengan yang lebih baik daripada sebelum itu,
Sungguh Allah Tuhan Maha Adil,
Percaturan Allah cantik dan indah buatku,
meskipun ujian datang bertubi-tubi tetapi daripada insan inilah aku belajar menjadi kuat,
Sungguh,beliau sangat kuat dalam menjalani dugaan hidup yang sangat hebat,
Bagi aku, tiada siapa yang mampu mengganti tempatnya,
Allah,beliau sangat hebat dalam mendidikku,
Terima kasih Allah kerana kau hadirkan dia dalam hidupku,
kau hadirkan dia untuk memberikan kasih sayangnya kepadaku,
kasih sayang yang aku takkan dapat daripada orang lain,
 Allaurabbi, kau berkatilah kehidupannya,
Terima kasih ya Allah kerana kau beri ku nafas untuk terus beribadat kepadaMu,
Untuk teruskan baktiku kepada ibuku,
sesungguhnya berbakti kepada ibu adalah jihad yang lebih besar daripada berperang,
Namun aku kagum dengan ibu2 Palestin yang melahirkan anak untuk menjadi pejuang,
Mereka berebut untuk menjadikan anak mereka mujahidin,
Mereka sangat Hebat!
Aku teringin untuk menjadi seperti mereka,
melahirkan anak untuk menjadi pejuang agamaku agar tidak terus tertindas,
Allahuakbar! Terima kasih atas segala nikmatMu,
Kau jagalah ibubapaku sebagai mana Kau menjagaku.
KepadaMu aku datang dan kepadaMu aku kembali,


Buat ibuku tersayang,
Maafkanlah salah silap anakmu ini,
Maafkanlah anakmu ini jika aku kata-kataku pernah mengguris hatimu, 
Maafkanlah jika anakmu ini tidak mampu membahagiaknmu,
Maafkanlah anakmu ini andai tidak mampu menjadi anak yang solehah,
Maafkanlah anakmu ini andai tidak mampu menjagamu dengan baik,
Maafkanlah anakmu ini andai tidak mendengar nasihatmu,
Doakanlah moga anakmu ini menjadi insan yang kamil,
Doakanlah moga anakmu ini menjadi anak yang solehah serta wanita yang solehah,
Doakanlah moga anakmu ini menjadi insan yang berguna kepada agama,
Doakanlah moga anakmu ini mampu membahagikanmu,
Doakanlahmoga anakmu ini sentiasa berada dibawah perlindunganNya,
Terima kasih kerana sudi menerima diriku ini,
Terima kasih kerana sudi menjaga dan membesarkanku,
Terima kasih kerana menjagaku ketika aku sakit mahupun sihat,
Terima kasih atas segala didikanmu yang hebat dalam kehidupanku,
Terima kasih atas segala pengorbananmu yang tidak terhingga,
Terima kasih atas kasih sayang yang telah engkau berikan kepadaku,
Terima kasih kerana sudi mendengar segala celotehku,
Terima kasih kerana sudi melayan karenahku yang bermacam-macam,
Maafkan anakmu ini,
Halalkan segala-galanya,
Kaulah ibuku yang TERBAIK!
Ya Allah, kau berkatilah kehidupan ibuku ini.
 Moga kami bertemu di SyurgaNya, InsyaAllah.
Selamat Hari Ibu, Mak. Adik sayang Mak. Moga kita bertemu di Syurga.

 My Mother !

 Kaulah Ibuku.

 Say Peace to Mak :)

 This is my Mother.